Wanita Palestin dihukum penjara 3 tahun dalam keadaan masih cedera

AL-KHALIL, 27 Nov 2016 (Maan) — Mahkamah tentera Zionis di Ofer menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun ke atas Abla al-Adam, 45, setelah menyabitkan beliau bersalah cuba menikam seorang askar Zionis di Kota Lama al-Khalil pada 20 disember 2015.

Dalam insiden tersebut Abla, ibu kepada sembilan orang anak, cedera parah ditembak dengan peluru getah di bahagian kepala sehingga terpaksa menjalani beberapa pembedahan di Pusat Rawatan Hadassah, sebelum dipindahkan ke penjara HaSharon.

Seramai 1,600 wanita Palestin ditahan sejak bermulanya Intifadah al-Quds pada bulan Oktober 2015. Tahanan wanita yang sakit sering diabaikan rawatan secara sengaja dan tidak diberi rawatan serta ubat yang diperlukan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts