Wanita Palestin Dihukum Penjara 70 Bulan, Denda 30 Ribu Shekels

JENIN, 1 AprĀ 2015 (InfoPalestina) — Sebuah mahkamah Zionis telah menjatuhkan hukuman penjara selama 70 bulan dan denda sebanyak 30,000 Shekels (RM 28,000) ke atas wanita Palestin Muna Husain Qadan, 43 tahun.

Semalam, mahkamah Zionis menyambung perbicaraan ke atas Muna setelah ditangguhkan sebanyak 25 kali berturut-turut. Menurut keluarganya, satu persefahaman telah dibuat di antara pihak pembela dan pendakwa bahawa sebarang hukuman penjara terhadap Muna tidak seharusnya melebihi 36 bulan. Namun semua pihak terkejut apabila mendapati pihak pengadilan menjatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun 10 bulan dan denda yang sangat tinggi.

Muna didakwa atas tuduhan menjadi anggota gerakan Jihad Islam Palestin dan beberapa organisasi lain, serta mengelola organisasi wanita Gerakan Jihad Islam.

Keluarga Muna melihat keputusan mahkamah tersebut sebagai satu hukuman yang zalim dan di luar jangkaan, yang tidak setimpal dengan pertuduhan ke atasnya.

Muna ditangkap di rumahnya di Arraba di Kota Jenin pada 13 November 2012 selepas dibebaskan dalam fasa kedua pertukaran tahanan di antara pejuang Palestin dan Zionis. Beliau sebelum ini pernah dikenakan hukuman penjara selama lima tahun oleh rejim Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts