Wanita Palestin Ditahan Kerana Didakwa Membawa Pisau

AL-KHALIL, 21 Nov 2015 (PIC) — Tentera Zionis tengahari tadi menahan seorang wanita Palestin di Masjid Ibrahimi atas tuduhan membawa sebilah pisau.

Munther Abu al-Filat, 27 tahun, yang berasal dari bandar Yatta dan merupakan seorang pekerja di Masjid Ibrahimi, ditangkap di sebuah sekatan berdekatan masjid apabila tentera Zionis mendakwa beliau menyimpan sebilah pisau dalam beg tangannya.

Beliau didakwa merancang untuk menikam tentera dan dibawa ke sebuah stesen polis untuk disoal siasat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts