Wanita Palestin ditangkap atas tuduhan cuba menikam

AL-QUDS, 24 Apr 2017 (PIC) — Seorang wanita Palestin ditangkap atas tuduhan menikam dan mencederakan seorang polis wanita Zionis di sekatan Qalandiya di utara al-Quds pagi tadi.

Kenyataan polis Zionis mendakwa Asiya Kaabna, 39, yang berasal dari bandar al-Taiba di Ramallah mengeluarkan sebilah pisau dari dalam beg beliau dan menikam polis terbabit sehingga cedera ringan.

Sekatan Qalandiya yang menghubungkan Ramallah dan al-Quds ditutup sejurus selepas kejadian tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts