Wanita Palestin ditangkap atas tuduhan cuba merempuh tentera Zionis

qalandiyaAL-QUDS, 13 Dis 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menangkap seorang wanita Palestin atas tuduhan cuba merempuh kenderaannya ke arah tentera di sekatan Qalandiya tengahari tadi.

Media Zionis menyatakan mangsa ditembak sebelum ditangkap, namun para saksi mendakwa beliau ditangkap tanpa ditembak tetapi dipukul oleh pasukan tentera.

Kenyataan polis Zionis menyebut wanita berusia 33 tahun dari perkampungan Beit Hanina di utara al-Quds Timur itu memberhentikan kereta dan keluar dengan membawa sebilah pisau sambil melaungkan takbir Allahu Akbar sebelum ditangkap. Mereka turut menyiarkan foto yang menunjukkan sebilah pisau dijumpai di sebelah tempat duduk pemandu kenderaan tersebut.

Tentera kemudian bertindak menutup sekatan di kedua-dua arah serta menghalang penduduk Palestin mendekati tempat kejadian.

qalandiya4 qalandiya3 qalandiya2

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts