Wanita Palestin ditangkap semula beberapa minit selepas dibebaskan dari penjara

BAITULMAQDIS, 6 Mei 2018 — Tentera Zionis Khamis lalu menangkap semula wanita muda Palestin, Aya Salem Shawamra, hanya beberapa minit selepas beliau dibebaskan dari penjara HaSharon.

Aya, 24, yang berasal dari Baitulmaqdis ditangkap semula sebelum keluarga beliau sempat tiba dan diheret ke penjara al-Jalama. Beliau dijadualkan dibawa ke mahkamah pada hari Jumaat.

Tentera Zionis mendakwa beliau membawa satu “objek tajam”, sungguhpun beliau baharu dibebaskan dari kurungan, berdiri di hadapan penjara menunggu keluarga beliau.

Aya ditangkap pada 25 Mei 2017 dan dijatuhkan hukuman penjara selama setahun. Sebelumnya, beliau pernah dihukum penjara selama lapan bulan.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts