Wanita Palestin Ditembak Mati, Pelajar Perempuan Ditangkap

BETHLEHEM, 1 Dis 2015 (PNN) — Seorang wanita muda Palestin ditembak mati oleh tentera Zionis selepas beliau disyaki cuba menikam seorang pegawai tentera di sebuah sekatan berdekatan persimpangan Einav di utara Tebing Barat pagi tadi.

Kawasan tersebut ditutup oleh tentera Zionis, bagaimanapun Bulan Sabit Merah Palestin mengesahkan kematian wanita tersebut. Tidak ada kecederaan di kalangan tentera Zionis.

Dalam kejadian lain, seorang remaja ditahan oleh tentera Zionis di sebuah sekatan tentera berdekatan penempatan haram Erfat atas tuduhan membawa sebilah pisau.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts