Wanita Palestin Ditembak Mati Selepas Cuba Menikam Polis Zionis

BETHLEHEM, 8 Nov 2015 (PNN) — Tentera Zionis awal pagi ini menembak seorang wanita muda Palestin setelah disyaki cuba menikam seorang polis Zionis di kawasan penempatan haram Betar Illit berdekatan perkampungan Hussan di barat Bethlehem.

Helwa Salim Alyan, 22 tahun, ditembak beberapa kali dan dibiarkan berdarah di tempat kejadian sambil dikelilingi dan diperhatikan oleh tentera dan pendatang Yahudi yang bersenjata.

Pertubuhan hak asasi mendakwa kebanyakan penduduk Palestin yang ditembak sepanjang kempen Intifadah Al-Quds sebenarnya tidak membawa sebarang ancaman kepada tentera Zionis. Bahkan tentera menembak mangsa dengan hanya berdasarkan kepada prasangka atau tuduhan palsu.

Setiap kali tentera penjajah Zionis membunuh seorang pemuda Palestin, atau menembak mangsa, tentera tersebut akan membuat dakwaan bahawa mangsa telah cuba menikam mereka dan merancang untuk melakukan serangan seterusnya. Senario yang sama telah berterusan sejak beberapa bulan lalu.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts