Wanita warga emas dan remaja diculik pasukan bersenjata Zionis

AL-KHALIL, 15 Dis 2020 — Pasukan bersenjata penjajah Zionis malam tadi menculik seorang wanita warga emas di kota al-Khalil dan seorang remaja dari Baitulmaqdis yang tercedera di bahagian matanya akibat terkena tembakan peluru getah beberapa hari lalu.

Wanita Wadha an-Najjar, kakak kepada tahanan Baker an-Najjar yang dihukum penjara seumur hidup, diculik di kejiranan al-Markaz di kawasan Masafer Yatta.

Sementara di Baitulmaqdis, polis Zionis menangkap remaja Omar Mahmoud, 17, selepas memecah masuk rumahnya. Pada 6 Disember lalu, beliau tercedera ditembak dengan peluru getah di bahagian matanya ketika polis Zionis menggempur kawasan Issawiya di timur Baitulmaqdis. Ketika kejadian, beliau sedang berjalan pulang selepas menunaikan solat di Masjid al-Aqsa.

(IMEMC, Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts