Warga emas cedera diserang pendatang Yahudi

AL-KHALIL, 10 Sep 2017 — Wanita warga emas Hala Abu Rajab, 55, cedera diserang dengan batu oleh pendatang Yahudi ketika sedang berada di beranda rumahnya yang terletak berdekatan sekatan jalan Abul-Rish menuju ke Masjid Ibrahimi di Kota Lama al-Khalil petang tadi.

Selepas kejadian, ratusan pendatang Yahudi dari kawasan pos dan penempatan haram berdekatan berkejar ke tempat kejadian dan mengepung rumah tersebut. Sebahagian daripada mereka membawa senjata.

Mereka melaung-laung ugutan bunuh serta mencaci ahli keluarga yang berada dalam rumah tersebut, sehingga menimbulkan suasana panik.

Mangsa dikejarkan ke Hospital al-Khalil dalam keadaan luka di bahagian muka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts