Warga emas Palestin maut dilanggar pendatang Yahudi

NABLUS, 10 Ogos 2016 (Maan) — Warga emas Palestin Moussa Salman Moslem, 87, meninggal dunia setelah cedera dilanggar dengan sebuah motorsikal yang ditunggang oleh seorang pendatang Yahudi di perkampungan Duma di selatan Nablus pagi tadi.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia setelah tiba di Hospital Universiti al-Najah di Nablus dalam keadaan parah.

Siasatan pihak keselamatan Palestin mendapati mangsa dilanggar secara sengaja ketika menunggang keldai dan mengembala biri-biri. Keldai tunggangan beliau turut terbunuh dalam kemalangan tersebut.

Daerah Nablus dikelilingi oleh 49 penempatan haram Yahudi dari setiap arah, menjadikan serangan oleh pendatang Yahudi sebagai perkara biasa. Sekurang-kurangnya 71 serangan dilakukan ke atas penduduk Palestin sejak awal 2016.

Penjenayah dari kalangan pendatang Yahudi bagaimanapun sangat jarang dihukum, di mana polis Zionis biasanya menutup kes mereka tanpa membuat sebarang siasatan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts