Warga Israel Menyerbu Sde Teiman Untuk Melindungi Pegawai Penjara

Sekumpulan warga Israel menyerbu kem tahanan Sde Teiman untuk melindungi pegawai penjara, yang merogol seorang tahanan dan menghalang penyiasatan terhadap isu itu. Serangan itu menyebabkan orang Palestin yang diculik tidak dapat berjalan.

Insiden itu telah mencetuskan kontroversi dan kemarahan yang meluas, dengan beberapa menteri Israel dan anggota Knesset secara langsung campur tangan.

Banyak akaun media sosial Israel telah mengesa supaya pasukan simpanan pergi ke Sde Teiman untuk “menyelamatkan askar daripada siasatan.” Parti politik Otzma Yehudit mengumumkan bahawa beberapa menterinya dan ahli Knesset sedang menuju ke Sde Teiman untuk menghentikan keranan siasatan tersebut memalukan seorang askar.

Saluran 12 Israel melaporkan bahawa keputusan untuk menyerbu kem itu dibuat selepas seorang tahanan mengalami serangan seksual yang menyebabkan dia tidak boleh berjalan.

Saluran 14 melaporkan berikutan kemarahan dalam kalangan warga Israel, polis tentera memutuskan untuk membatalkan perintah penangkapan untuk askar terbabit, sebaliknya memilih untuk mengehadkan tindakan kepada siasatan.

Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich menyatakan bahawa tentera tidak akan ditangkap “seolah-olah mereka penjenayah.”

Haaretz, melaporkan terdapat lebih 40 orang Palestin yang diculik di kem tahanan Sde Teiman. Radio Tentera Israel menambah bahawa Timbalan Speaker Knesset dari parti Likud, Nissim Vaturi, turut serta dalam menyerbu kem tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts