Warga Olympia, Amerika Boikot Produk Israel

Pada pertengahan Julai lepas, Lembaga Pengarah dari Perusahaan Makanan Olympia di salah sebuah daerah di Washington memutuskan bahawa tidak ada produk Israel yang akan akan dijual di dua kedai runcit di bandar tersebut.

Rob Richards, salah seorang ahli lembaga tersebut mengatakan, “Pada Rabu lalu para ahli lembaga  dan sekumpulan aktivis sekitar 40 orang telah berkumpul dan berbincang bagi melaksanakan projek boikot tersebut.

Richards selanjutnya berkata “Pada peringkat awal ahli lembaga merasa bimbang projek tersebut akan memberi kesan kepada kewangan organisasi, namun setelah dikaji kesannya minima. Justeru kami memutuskan untuk melaksanakan boikot tersebut yang mulai berlaku pada hari berikutnya. ”

Olympia adalah kampung halaman bagi aktivis Gerakan Solidariti Antarabangsa Rachel Corrie yang mati tujuh tahun yang lalu di Gaza, setelah sebuah bulldozer melanggarnya saat beliau berusaha menghalang kemusnahan rumah Palestin oleh tentera Israel. PNN

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts