7 Warga Palestin Tercedera Ketika Demonstrasi Aman Anti Tembok Pemisah

2 Mei – Pasukan pendudukan sraeli (IOF) bertindak secara kekerasan terhadap perhimpunan aman anti tembok besi anjuran warga Palestin di desa Beit Jala, daerah Bethlehem ┬ápada hari Ahad (2 Mei) yang lalu menyebabkan seramai 7 orang warga awam Palestin tercedera.

Saksi mata mengatakan bahawa demonstrasi besar-besaran tersebut melewati jalan-jalan bandar sebelum menuju ke dinding-dinding tembok sambil mengangkat slogan-slogan anti pembinaan tembok kejam yang di bina dan mengibarkan bendera Palestin.

Mereka mengatakan bahawa berpuluh tentera IOF mengganggu demonstrasi aman tersebut yang juga melibatkan aktivis warga asing, mereka memasang kawat berduri di jalan untuk menghalang demonstrasi menuju ke lokasi pembinaan dinding pemisahan.

Pasukan IOF tersebut juga memukul para demonstran yang mengakibatkan tercetusnya pertengkaran kekerasan. Mereka (IOF) menggunakan peluru getah berlapis dan gas pemedih mata sementara peserta hanya mampu membaling batu.

Dua orang tercedera termasuk seorang wanita yang pengsan dalam kejadian tersebut, sementara seorang juru kamera terkena bom gas di wajahnya dan dibawa ke hospital berdekatan dan mangsa lain menderita kecederaan akibat terkena peluru getah. (PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts