Warga Zionis tersenarai sebagai calon Penasihat Keselamatan Negara Amerika

TEL AVIV, 5 Mac 2018 — Warga negara haram Zionis, Safra Catz, telah disenaraikan sebagai salah seorang calon untuk menggantikan Penasihat Keselamatan Negara Amerika, Herbert Raymond McMaster, yang akan meletakkan jawatan susulan beberapa skandal melibatkan beliau.

Catz dilahirkan di Holon berdekatan Tel Aviv, kemudian mengikuti keluarganya berpindah ke Amerika. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat gergasi teknologi, Oracle.

Beliau yang juga seorang pengarah syarikat Walt Disney pernah diisytihar oleh majalah Fortune sebagai salah seorang daripada 10 Wanita Paling Berkuasa dalam bidang perniagaan.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts