Wilayah Tulkarem dikepung sepenuhnya oleh tentera Zionis

TULKAREM, 10 Dis 2015 (Maan) — Tentera Zionis terus mengepung sepenuhnya kota Tulkarem di Tebing Barat sebagai langkah mengejar penembak yang menyerang dan mencederakan seorang pengganas Yahudi dan isterinya.

Sejurus selepas insiden serangan menembak kenderaan pengganas Shaul Nir Ben Aviva semalam, tentera Zionis menyerbu masuk Tulkarem dan menutup semua laluan menghala ke bandar tersebut. Mereka turut menutup jalan masuk ke kem pelarian Noor Shams, perkampungan Kafa dan Dhinnaba, dan juga jalan di antara perkampungan Shufa dan Ezbet Shufa yang terletak berdekatan penempatan haram Avne Hafez di mana insiden tersebut berlaku.

Tindakan tentera Zionis ini mengganggu pergerakan 200,000 penduduk Palestin di Tulkarem.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts