World Food Programme potong bantuan untuk Palestin

RAMALLAH, 20 Dis 2018 — Agensi bantuan kemanusiaan PBB, World Food Programme (WFP), hari ini mengumumkan akan memotong bantuan makanan untuk sekitar 190,000 penduduk miskin Palestin di Gaza dan Tebing Barat, atas alasan kekurangan dana.

Mulai Januari hadapan, WFP akan menggantung bantuan kepada 27,000 penduduk miskin Tebing Barat. Sementara bantuan untuk 166,000 lagi penduduk di Tebing Barat dan Gaza akan dikurangkan sebanyak 20 peratus.

Isnin lalu, Timbalan Khas Koordinator PBB bagi Timur Tengah, Jamie McGoldrick, menyifatkan bantuan kemanusiaan di Gaza sebagai “sistem yang runtuh dan sedang jatuh menjunam”. Beliau merayu dana sebanyak US$350 juta untuk membantu 1.4 juta penduduk paling miskin di wilayah-wilayah Palestin, terutamanya Gaza, sepanjang tahun hadapan.

(Sumber: IMEMC, AJ, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts