Yahudi desak dibenarkan sambut Hanukkah di dalam Kubah as-Sakhra’

AL-QUDS, 14 Dis 2015 (PIC) — Gabungan pertubuhan pelampau Yahudi hari ini mendesak pemipin Zionis, Benjamin Netanyahu, supaya membenarkan mereka menyalakan lilin di kaki pelita, atau menorah, di dalam Kubah as-Sakhra’ di Masjid Al-Aqsa.

Kenyataan pemimpin gabungan tersebut, Aviad Visoly, menyebut bahawa meletakkan menorah di dalam “dewan kuil” akan dapat mengesahkan hak kaum Yahudi untuk beribadah di Temple Mount [Bukit Haikal], iaitu panggilan mereka ke atas tapak masjid suci umat Islam itu.

Cisoly mendakwa pengikut agama-agama lain dibenarkan beribadah di Masjid Al-Aqsa tanpa sebarangan halangan, manakala kaum Yahudi dinafikan hak mereka sejak 2,000 tahun lalu.

Beliau menambah bawah memasang menorah di dalam “kuil” menjadi langkah pertama yang akan membawa perubahan radikal dalam isu ini.

Gabungan tersebut turut mengadakan satu persidangan bagi membincangkan pembinaan kuil di atas tapak Kubah as-Sakhra’ dan upacara menyalakan menorah di tempat tersebut sepanjang perayaan Hanukkah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts