Yahudi Fanatik Ceroboh Masjid Al-Aqsa

AL-QUDS, 20 Dis 2015 (PIC) — Segerombolan pendatang Yahudi fanatik menceroboh masuk perkarangan Masjid Al-Aqsa pagi tadi, dengan dikawal ketat oleh pasukan keselamatan.

Kumpulan 26 pendatang Yahudi itu mencerpboh masuk melalui Pintu Al-Maghareba. Para jemaah masjid kemudiannya cuba menghalang mereka dengan melaungkan takbir Allahu Akbar.

Polis Zionis dilaporkan cuba menghalang Muslimah memasuki kawasan masjid, di mana kad pengenalan mereka dirampas di pintu-pintu masuk utama masjid suci umat Islam itu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts