Yahudi Fanatik Sambut Hanukkah, Halang Jemaah Masuk Masjid

AL-KHALIL, 8 Dis 2015 (PIC) — Gerombolan fanatik Yahudi membanjiri Masjid Ibrahimi di Al-Khalil bagi merayakan pesta cahaya Hanukkah.

Sambil melakukan ritual agama mereka di sepanjang lorong-lorong di kota lama Al-Khalil, mereka juga melaungkan slogan perkauman “bunuh orang Arab”.

Pendatang Yahudi menghalang laungan azan Maghrib, Isyak dan Subuh serta menghalang para jemaah memasuki masjid suci itu. Mereka berpesta sepanjang malam hingga ke waktu Subuh, yang turut disertai oleh rabbi pengganas Yehuda Glick.

Pendatang Yahudi kemudiannya dilaporkan menyerang beberapa buah rumah penduduk Palestin, sebelum dihalau dari kawasan tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts