AL-QUDS, 22 Ogos 2016 (Alray) — Parti Yahudi Haredim mengecam kumpulan fanatik yang menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dengan menggelar golongan tersebut sebagai “kumpulan terpinggir.”
Yahudi Haredim turut mengisytiharkan berlepas diri daripada kumpulan Yahudi yang menceroboh kerana tindakan tersebut dilihat sebagai bahaya dan membawa kesan yang sangat buruk, bagaikan membaling sebungkus mancis ke dalam telaga minyak. Menurut mereka, pencerobohan berterusan menimbulkan kemarahan penduduk Palestin dan umat Islam seluruhnya, dan boleh mencetus api di Timur Tengah.
Menurut kenyataan melalui akhbar mereka, Yated Ne’eman, kebanyakan parti-parti Yahudi mengharamkan mereka memasuki Masjid al-Aqsa.
Pelampau dan pendatang Yahudi termasuk ahli politik menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa hampir setiap hari. Mereka diiringi ketat oleh pasukan keselamatan Zionis, yang sering menyerang para jamaah yang mempertahankan tapak suci mereka.