Yahudi pembunuh Abu Khudair sebenarnya waras dan layak melalui proses pendakwaan

NAZARETH, 23 Feb 2016 (PIC) — Pihak pendakwa raya rejim Zionis telah memutuskan bahawa Yosef Ben-David, yang menjadi dalang utama dalam pembunuhan kejam ke atas remaja Palestin Mohamed Abu Khudair, adalah layak untuk melalui proses pengadilan.

Laporan psikiatrik yang diterima oleh pendakwa raya mempertikai akuan yang difailkan oleh peguam Ben-David, yang mendakwa beliau sebagai seorang yang tidak waras.

Abu Khudair diculik, kemudian disiksa dan dibakar hidup-hidup sehingga meninggal dunia oleh tiga orang Yahudi pada 2 Julai 2014.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts