Yahudi sudah bersedia lengkap untuk bina kuil di atas runtuhan al-Aqsa

AL-QUDS, 15 Ogos 2016 (PIC) — Saluran TV Zionis, Channel 2, mendedahkan bahawa persiapan untuk membina Kuil Ketiga Yahudi di atas runtuhan Masjid al-Aqsa kini sudah dibuat dan hanya menunggu keputusan rasmi politik untuk dilaksanakan.

Laporan tersebut disiarkan ketika kaum Yahudi menyambut Tisha Ba’v – apa yang mereka dakwa sebagai peringatan kepada peristiwa pemusnahan kuil mereka yang digelar Kuil Sulaiman atau Kuil Kedua. Mereka mendakwa semua peralatan yang diperlukan untuk pembinaan akan dipindah masuk ke tapak Kubah as-Sakhra’ di perkarangan Masjid al-Aqsa dalam masa terdekat, dan pembinaan akan memakan masa tidak lebih dari tiga tahun.

Pebagai aktiviti dilakukan oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi, khususnya Israel Women for the Temple Organization, termasuk mengadakan bengkel dan mesyuarat secara rahsia bagi menggalakkan pencerobohan masuk ke dalam Masjid al-Aqsa secara besar-besaran serta mengadakan majlis pernikahan Yahudi di perkarangan masjid suci itu pada setiap dua hari.

Mereka juga giat melakukan lobi bagi mendapatkan sokongan ahli-ahli parlimen Zionis.

Dalam laporan lain yang disiarkan oleh Channel 1, persiapan menyeluruh untuk pembinaan kuil tersebut giat dijalankan termasuklah usaha memerlihara ternakan untuk upacara sembelihan di kuil tersebut.

Pengarah pertubuhan Temple Institute, Yisrael Ariel, menyatakan seramai 40 pendeta Yahudi kini bersedia dan hanya menunggu arahan untuk memulakan tugas mereka di kuil tersebut. Pertubuhan itu telah menyiapkan semua peralatan yang diperlukan dalam kuil itu kelak.

Peta lengkap bagi pembinaan kuil di atas kawasan seluas 14.4 hektar itu telah juga disiapkan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts