Yahudi Israel terus menceroboh Masjid Al Aqsa di Bulan Ramadhan

al qudsYayasan Al Aqsa untuk Waqaf dan Warisan melaporkan pada Ahad (23 Ogos) bahawa sekumpulan peneroka kalangan Israel telah memecah masuk ke dalam Masjid Al Aqsa melalui Al Mughrabi Gate. Mereka telah melawat dalam kawasan tersebut dan bersembahyang dalam halaman-halaman masjid.

Pihak yayasan juga  menyatakan bahawa tindakan ini adalah amat serius terutama di saat kehadiran bulan Suci Ramadan. Sebelum ini pihak Israel pernah mengeluarkan arahan untuk tidak mengizinkan kumpulan-kumpulan Yahudi memasuki kawasan masjid Al Aqsa semasa Ramadan.

Pihak Yayasan juga merasakan bahawa tindakan ini adalah sebahagian dari langkah dan perancangan jahat Israel untuk menodakan kesucian masjid Al Aqsa, dan pihak yayasan menyeru rakyat Palestin Baitulmuqaddis dan orang-orang Arab dalam negara itu untuk berhimpun di masjid dan melindunginya.

Sebelum ini pada Khamis lepas sekumpulam Yahudi telah menjalankan upacara-upacara mereka mengenai perancangan untuk membina sebuah kuil, dan mereka merancang untuk membina semula di atas keruntuhan Masjid Al Aqsa.

Kumpulan-kumpulan itu juga pernah mengadakan satu majlis perkahwinan dalam masjid dan mengambil sedikit pasir di Masjid Al Aqsa.

Mereka juga telah mengadakan seminar berkenaan arkeologi di kawasan Masjid Al Aqsa dan mendakwa bahawa “semua penunjuk dan ramalan menunjukkan bahawa Sulaiman Temple ada di bawah masjid tersebut”.

Baru-baru ini Temple Institute, yang disokong untuk ‘membina semula’ kuil selepas keruntuhan Masjid Al Aqsa telah mengadakan satu mesyuarat untuk ahli-ahlinya tidak berapa jauh dari kawsasan Masjid Al Aqsa.

Pernyataan misi Temple Institute adalah untuk ‘membina semula kuil’. Ia menambah yang tumpuan utamanya ialah untuk memulakan kerja-kerja sebenar membina semula kuil tersebut. Kumpulan itu telah ditubuhkan pada 1987. imemc

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts