Yahya Beseileh dilarang masuk al-Aqsa selama 15 hari

AL-QUDS, 4 Okt 2017 — Polis Zionis pagi tadi melarang Yahya Beseileh, salah seorang pengawal Masjid al-Aqsa, daripada memasuki tapak suci umat Islam itu selama 15 hari.

Beliau dibebaskan dari pusat interogasi al-Qashale di al-Quds barat petang semalam selepas diberi amaran tersebut atas tuduhan menyerang pegawai polis Zionis.

Pasukan polis Zionis memukul secara ganas dan menangkap Yahya ketika bertugas di kawasan Pintu al-Majlis, selepas beliau cuba menghalang seorang anggota polis wanita yang memukul seorang kanak-kanak Palestin ketika memasuki Masjid al-Aqsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts