Yahya Hijazi ditembak 9 kali “secara tidak sengaja”

AL-QUDS, 17 Julai 2016 (IMEMC) — Yahya Hisham Hijazi, 24, cedera ditembak dengan sembilan butir peluru di kem pelarian Shu’fat 14 Julai lalu. Sebagai mencari justifikasi ke atas tindakan mereka itu, tentera Zionis mendakwa Yahya meluru ke arah mereka dan cuba menyerang dengan membawa sebilah pisau.

Setelah Yahya terpaksa melalui pengalaman ngeri itu, kini tentera Zionis membuat pengakuan bahawa Yahya tidak pernah cuba menyerang mereka, sebaliknya beliau ditembak secara tidak sengaja.

Yahya ditembak ketika beliau dalam perjalanan ke tempat kerja di barat al-Quds. Ketika itu sekumpulan pemuda Palestin bergaduh, melibatkan seorang penagih dadah yang terkenal yang membawa sebilah kapak dan pisau.

Pentera Zionis berpakaian preman cuba menangkap kumpulan pemuda terbabit, dan kemudiannya menembak Yahya yang cuba membuang pisau dari tangan penagih tersebut. Ketika ditembak, Yahya mengangkat kedua-dua belah tanganya sebagai tanda beliau tidak berniat untuk membuat sebarang serangan.

Dalam keadaan beliau baharu selesai menjalani pembedahan akibat kecederaan serta patah tulang kaki, tentera Zionis tetap menyoal siasat Yahya di dalam bilik rawatan di Hospital Shaare Tzedek selama lebih tiga jam. Beliau dikawal selama 24 jam dan keluarganya tidak dibenarkan membuat lawatan.

Yahya bagaimanapun dibebaskan kemudiannya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts