AL-KHALIL, 16 Mac 2016 (PIC) — Sebuah mahkamah daerah Zionis hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 17 tahun ke atas Yasser Tarweh yang dituduh menikam seorang askar Zionis pada bulan Jun tahun lalu.
Yasser, 20 tahun, yang berasal dari al-Khalil turut diarah membayar ganti rugi sebanyak 40,000 shekel (RM 49,000) kepada askar terbabit. Beliau merupakan seorang pelajar tahun dua di Universiti Politeknik al-Khalil dan ditangkap setelah cedera terkena beberapa das tembakan oleh tentera Zionis.
Askar tersebut, Raz Bibi, awal bulan ini hadir di majlis anjuran NGO Amerika Friends of Israel Defence Forces di Florida, yang mengumpul dana sebanyak US$24 juta bagi membantu mereka yang berkhidmat dalam pasukan tentera Zionis.