Yehuda Etzion pimpin pendatang Yahudi lakukan ritual di Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 13 Dis 2020 — Pelampau Yehuda Etzion memimpin 130 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi tadi, sambil melakukan ritual Talmud di tapak suci umat Islam itu bersempena perayaan Hanukkah.

Mereka diiring masuk oleh pasukan polis Zionis melalui pintu al-Magharebah. Pada masa yang sama polis Zionis menghalau semua para jemaah beredar dari kawasan timur masjid berdekatan dewan solat pintu al-Rahmah.

Yehuda Etzion duduk bertafakur di kawasan pintu al-Silsila, sebagai salah satu ritual mereka. Sebelumnya, beliau mempamerkan miniatur dan plan binaan Kuil Yahudi di hadapan segerombolan pendatang di perkarangan masjid.

Pada tahun 80-an, Etzion menubuhkan kumpulan gelap pengganas Yahudi dan pernah merancang untuk meletupkan Kubah as-Sakhra’ di tengah perkarangan Masjid al-Aqsa.

Terdahulu, kumpulan-kumpulan pelampau Yahudi mendesak supaya dibina sebuah sekolah Talmud di kawasan dataran timur Masjid al-Aqsa, selepas mereka gagal menguasai bangunan Pintu a-Rahmah untuk ditukar menajdi sebuah sinagog.

(Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts