KOTA BAITULMAQDIS, 17 Ogos 2020 — Rabai pelampau Yehuda Glick pagi tadi memimpin puluhan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa dan tanah perkuburan bersebelahan Bab al-Rahmah, di timur masjid, sambil melakukan ritual Talmud.
Sambil diiring dan dikawal oleh pasukan polis bersenjata, mereka berarak secara provokatif di atas tapak suci umat Islam itu.
(Palinfo)