Yehuda Glick cetus hasutan ke atas petugas al-Aqsa

AL-QUDS, 4 Ogos 2016 (PIC) — Rabbi pelampau Yehuda Glick membuat hasutan terhadap pengawal Masjid al-Aqsa dan Jabatan Wakaf di al-Quds, dan mendesak rejim Zionis segera mengenakan kedaulatan serta mengawal sepenuhnya tapak suci Islam itu.

Dalam ucapan panjang dalam parlimen Zionis, beliau melabel pengawal sebagai pembuli dan pencetus kekacauan. Glick turut mendesak supaya kuasa Jabatan Wakaf ke atas al-Aqsa digugurkan, dengan memberi amaran kononnya Bukit Haikal [Temple Mount – gelaran mereka ke atas perkarangan Masjid al-Aqsa] akan terus berasa di bawah penjajahan bangsa bukan Yahudi [gentiles] jika langkah segera tidak diambil.

Dalam perkembangan berkaitan, polis Zionis akan membuat dakwaan ke atas tiga pekerja al-Aqsa atas tuduhan menyerang pengunjung di perkarangan masjid suci itu.

Sebelumnya, polis Zionis mengeluarkan arahan membuang lapan pekerja Jabatan Wakaf dan Masjid al-Aqsa. Dua daripada mereka masih berada dalam tahanan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts