Yehuda Glick diberi perlindungan ketat berikutan video animasi serangan ke atas beliau

AL-KHALIL, 4 Julai 2016 (Alray) — Parlimen Zionis semalam mengeluarkan arahan kecemasan supaya mengetatkan kawalan keselamatan ke atas Ahli Parlimen dari Parti Likud, Yeduha Glick, selepas tersebarnya sebuah video animasi yang memaparkan aksi menyerang beliau di kota al-Khalil.

Video tersebut menunjukan bagaimana dua orang pejuang bersenjata memasuki kawasan penempatan haram Otnel yang didiami oleh Glick, dan kemudian menembak beliau mati di hadapan rumahnya.

Rabbi pelampau kelahiran Amerika itu pernah ditembak di bahagian dada dari jarak dekat di al-Quds pada tahun 2014.

Ketika masih lagi belum pulih sepenuhnya, beliau telah didakwa menyerang dan mencederakan seoang wanita Palesitn di Masjid al-Aqsa sehingga diharamkan memasuki kawasan masjid suci itu.

Namun hampir 18 bulan kemudiaannya sebuah mahkamah Zionis membebaskan beliau dari tuduhan tersebut, dan seminggu kemudian beliau sekali lagi mennceroboh masul al-Aqsa.

Glick memimpin pertubuhan “Temple Movement” dan berbagai aksi pencerobohan ke atas Masjod al-Aqsa, serta giat menyebarkan pegangan beliau bahawa masjid itu harus dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan sebuah kuil Yahudi yang mereka gelar sebagai Haikal Sulaiman atau Kuil Ketiga.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts