Yehuda Glick ketuai pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 27 Feb 2019 — Rabai fanatik Yehuda Glick mengetuai segerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba pagi tadi.

Glick, seorang ahli parlimen kelahiran Amerika yang mewakili parti Likud, bersama rombongannya diiring ketat oleh pasukan polis, berarak di perkarangan tapak suci umat Islam.

Semalam Menteri Pertanian Zionis, Uri Ariel, menceroboh masuk dan berarak secara provokatif di sekitar Bab al-Rahma.

Bilangan ahli-ahli parlimen Zionis menceroboh masuk al-Aqsa meningkat sejak beberapa bulan lalu, selepas Benjamin Netanyahu membatalkan larangan yang dikenakan sejak Oktober 2015. Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan masuk ke tapak suci umat Islam itu sekali dalam tempoh tiga bulan.

Sejak dua bulan lalu, ahli-ahli parlimen dan menteri Zionis seperti Shuli Mualem, Yehuda Glick, dan Uri Ariel telah berulang-ulang kali menceroboh masuk al-Aqsa dan mencabul syarat tersebut.

Mengikut perjanjian di antara rejim Zionis dan kerajaan Jordan pada tahun 1967, penganut Yahudi dibenarkan memasuki tapak suci umat Islam itu tetapi mereka dilarang melakukan sebarang ritual agama.

(Maan, PIC, Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts