Ringkasan

Yehuda Glick, pelampau dan pelajar Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

KOTA BAITULMAQDIS, 7 Sep 2020 — Rabai Yehuda Glick bersama puluhan pelampau dari kalangan pendatang dan pelajar Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Magharebah pagi tadi.

Gerombolan besar polis mengiringi 89 pendatang termasuk Glick dan 35 pelajar agama Yahudi masuk berarak secara provokatif di atas tapak suci umat Islam itu. Mereka turut mendengar syarahan tentang Kuil Yahudi yang didakwa pernah berdiri di situ, manakala sebahagian daripada mereka melakukan ritual Talmud.

(Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts