Ringkasan

Yehuda Glick pimpin pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 22 Nov 2020 — Rabai pelampau, Yehuda Glick, mempimpin puluhan pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Pasukan polis Zionis mengiringi mereka berarak di atas tapak suci umat Islam itu secara penuh provokatif, serta melakukan beberapa acara ritual Talmud sebelum berkumpul di kawasan timur masjid.

Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan-kumpulan pelampau “Kuil Yahudi” mendesak rejim Zionis mengetatkan kawalan ke atas penduduk Islam di Baitulmaqdis, bahkan menekan supaya menghalau mereka keluar dari kota suci itu. Mereka mendakwa kononnya mendapat dukungan Amerika untuk berbuat demikian, justeru mendesak supaya dilaksanakan lebih banyak projek Yahudisasi.

(Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts