Yehuda Glick pimpin pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 5 Sep 2018 — Rabai pelampau Yehuda Glick pagi tadi memimpin segerombolan penyokongnya menceroboh masuk tapak suci Masjid al-Aqsa sambil melakukan ritual Talmud di kawasan Kubah as-Sakhra’.

Pemimpin ultra-ortodoks yang juga Ahli Parlimen dari parti Likud itu dikawal ketat oleh pasukan polis Zionis dan diiring masuk melalui Pintu al-Magharebah.

Sementara beberapa gerombolan lain pendatang Yahudi turut menceroboh masuk, berarak di perkarangan masjid sambil melakukan ritual Talmud.

Pertubuhan-pertubuhan Zionis menyeru pengikut mereka melakukan pencerobohan secara besar-besaran sepanjang bulan September bagi menyambut perayaan Yahudi.

(PIC, Maan)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts