Yehuda Glick pimpin pendatang Yahudi lakukan ritual di Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 8 Okt 2017 — Ahli Parlimen pelampau Yahudi dari Parti Likud, Yehuda Glick, memimpin 147 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Glick yang muncul di Pintu al-Qataneen turut melakukan ritual keagamaan Talmud di perkarangan tapak suci umat Islam itu.

Pasukan polis Zionis mengenakan sekatan di semua pintu-pintu masuk utama, di mana para jemaah diperiksa dan sebahagian kad pengenalan mereka di rampas.

Pertubuhan-pertubuhan pelampau Yahudi menyeru pengikut mereka supaya menceroboh Masjid al-Aqsa secara besar-besaran bersempena hari ke-10 perayaan Sukkot.

Seramai 366 pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan masjid sepanjang hari ini.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts