Zionia Bina Penempatan Atas Runtuhan Perkampungan Badwi

BEERSHEVA, 23 Ogos 2015 (Maan) — Rejim Zionis awal pagi ini memulakan kerja pembangunan dua penempatan khusus untuk Yahudi di atas bekas tapak perkampungan Umm al-Hiran di Gurun Naqab. Jalan masuk baharu turut dibina, bawah perlindungan ketat tentera Zionis.

Pada bulan November 2013, rejim Zionis memusnahkan perkampungan Badwi di Umm al-Hiran dan kemudiannya meluluskan parancangan untuk membina dua penempatan Yahudi yang mereka gelar sebagai Hiran dan Kassif.

Umm al-Hiran yang terbina sejak lebih 60 tahun lalu di Wadi Attir merupakan salah satu daripada puluhan perkampungan Badwi Palestin yang “tidak diiktiraf” oleh rejim. Penduduknya telah dihalau keluar sebanyak tiga kali.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts