Zionis adakan latihan tentera 5 hari di Tebing Barat

AL-QUDS, 26 Mac 2017 (MEMO) — Tentera Zionis menjalankan latihan selama lima hari mulai hari ini di beberapa wilayah Tebing Barat, kononnya bagi meningkatkan siap siaga mereka behadapan dengan kempen anti-penjajahan.

10 keluarga dari kawasan Ras al-Ahmar di timur laut Tubas, Lembah Jordan, telah diarah meninggalkan rumah mereka dari jam 5:00 petang hingga 5:00 pagi.

Latihan seperti ini juga akan membawa masalah kepada penduduk Palestin terutamanya kanak-kanak kerana tembakan, letupan dan bunyi bising yang berterusan sepanjang masa.

Zionis menjadikan 20% daripada kawasan Tebing Barat sebagai “Zon Menembak” sejak tahun 1970-an. Ia merupakan mekanisma bagi mereka merampas tanah di Tebing Barat, di mana PBB mengesahkah 80% daripada zon tersebut tidak digunakan untuk latihan tentera.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts