AL-QUDS, 31 Mac 2016 (PIP) — Jawatankuasa Penyelenggaraan dan Pembangunan Tempatan Zionis di al-Quds semalam bersetuju untuk membangunkan 18 unit rumah tambahan bagi menempatkan keluarga Yahudi di perkampungan Jabal Mukabbir di al-Quds Timur.
Rancangan pembangunan tersebut telah dicadangkan oleh pertubuhan pelampau Yahudi, Ilaad. Pertubuhan ini dilaporkan turut memiliki bangunan lain di Jabal Mukabbir.