AL-QUDS, 14 Jun 2016 (PIC) — Beberapa pertubuhan yang mendukung agenda penempatan haram Zionis menerbitkan laporan bahawa pihak rejim merancang untuk membina 258 rumah penempatan haram di perkampungan al-Issawiya, al-Tur dan Lefta di al-Quds.
Projek ini melibatkan pembinaan sebuah tempat rekreasi, taman, sekolah dan juga sinagog Yahudi.
Seluas 734 dunum tanah penduduk Palstin telah dirampas bagi membina pos penempatan haram Yahudi. Dengan perancangan ini, hubungan di antara bandar dan perkampungan Palestin akan terputus-putus. Sebanyak 23 buah rumah penduduk Palestin yang terletak di antara al-Issawiya dan al-Tur akan dimusnahkan.