AL-QUDS, 5 Julai 2017 (PIC) — Pihak perbandaran Zionis di kota al-Quds akan meluluskan pembinaan 6,000 rumah baharu sebelum akhir bulan Julai, dalam usaha meluaskan penempatan haram Yahudi.
Datuk Bandar Zionis di al-Quds, Meir Turgeman, menyebut bahawa pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu telah menunaikan janjinya dan memberi kebenaran kerja meyambung semula pembinaan penempatan haram di kota suci umat Islam itu.
Pengumuman tersebut dibuat selepas meluluskan pembinaan 200 unit rumah penempatan haram Yahudi di sekitar kota al-Quds.