Zionis akan bina penempatan baharu di Sheikh Jarrah

AL-QUDS, 24 Mei 2016 (PIC) — Pertubuhan Zionis Meyashvei Zion mendedahkan rancangan projek pembinaan sebuah penempatan baharu Yahudi atas tapak taman awam di kejiranan Sheikh Jarrah di al-Quds.

Tiga buah bangunan akan dibina di atas tanah milik keluarga Hijazi dan al-Saadi di kawasan Um Haroun bagi menempatkan 12 unit rumah Yahudi, di mana sebilangan rumah penduduk Palestin akan dirobohkan untuk pembinaan tersebut.

Minggu lalu, Mahkamah Majistret Zionis al-Quds mengarahkan lima buah rumah milik keluarga Qiswani dikosongkan di kejiranan Um Haroun, untuk diserahkan kepada syarikay Shabali milik seorang pelabur pendatang Yahudi.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts