Zionis akan bina penempatan haram baharu di Tebing Barat

AL-QUDS, 9 Mei 2016 (PIC) — Rejim Zionis memutuskan untuk membina sebuah penempatan haram baharu berdekatan penempatan Shilo, untuk menempatkan pendatang Yahudi yang masih tinggal di pos haram Yahudi di Amona.

Penempatan baharu yang terletak di antara Nablus dan Ramallah itu akan melibatkan pembinaan 139 unit rumah bagi 40 keluarga pelampau Yahudi. Tanah untuk penempatan tersebut dirampas sebelum ini dan diisytihar sebagai “tanah negara.”

Keputusan membina penempatan baharu yang dibuat melalui Kementerian Keselamatan itu adalah bagi memenuhi tuntutan pelampau Yahudi dan mereka yang menentang penutupan pos Amona.

Pos Amona dibina pada tahun 1997 di atas tanah penduduk Palestin. Ia akan ditutup sebelum akhir tahun 2016 sebagai mematuhi keputusan Mahkamah Agung Zionis yang telah dibuat pada pada bulan Disember 2014, setelah pemilik asal tanah tersebut melalui pertarungan guaman yang berlarutanĀ dari 2016 hingga 2014.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts