Zionis akan bina tembok bawah tanah sepanjang sempadan Gaza

BEIT LAHM, 16 Jun 2016 (Maan) — Rejim Zionis merancang untuk membina tembok konkrit sedalam 10 meter di bawah tanah dan di atas tanah di sepanjang sempadan Gaza.

Kos pembinaan tembok sepanjang 60 batu itu dianggarkan sebanyak 2.2 bilion shekel (RM 2.35 bilion).

Dalam sidang media hari ini, pegawai kanan Kementerian Perang Zionis menyebut tentang kemungkinan berlakunya peperangan baharu di Gaza sebagai “suatu yang tidak dapat dielakkan.”

Sejak Hamas memenangi pilihanraya pada tahun 2006, tentera Zionis telah melancarkan tiga serangan besar-besaran ke atas penduduk Gaza.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts