Zionis akan kebumi penduduk Palestin yang dibunuh di kuburan rahsia

AL-QUDS, 3 Julai 2016 (PIC) — Kabinet keselamatan Zionis semalam memutuskan untuk tidak menyerahkan jenazah penduduk Palestin yang dibunuh kepada keluarga mereka, sebaliknya akan mengebumikan jenazah terbabit secara rahsia di tanah perkuburan khas.

Langkah tersebut didakwa sebagai hukuman secara kolektif terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat dan al-Quds yang melakukan serangan maut ke atas pendatang Yahudi kebelakangan ini.

Langkah hukuman kolektif lain termasuklah merampas sebahagian daripada hasil kutipan cukai untuk Pihak Berkuasa Palestin (PA), membina 42 unit rumah untuk pendatang Yahudi di penempatan haram Kiryat Arba, dan membatalkan permit kerja kepada 2,800 penduduk Bani An’im iaitu kampung asal pemuda Palestin yang menyerang pendatang Yahudi di Kiryat Arba.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts