Zionis akan kenakan sekatan ketat di al-Quds sempena perayaan Paskah

AL-QUDS, 2 Apr 2017 (PIC) — Polis penjajah Zionis akan mengenakan sekatan ketat di seluruh kota al-Quds sempena musim perayaan Paskah Yahudi minggu hadapan.

Sekatan tersebut bertujuan untuk menghalang serangan anti-penjajahan berikutan insiden melibatkan remaja Ahmad Zaher Fathi Ghazal yang ditembak oleh tentera Zionis di Bab al-Amoud, Kota Lama, semalam setelah beliau menikam tiga orang Yahudi.

Ketua Polis Zionis di al-Quds, Yoram Levi, bimbang meningkatnya serangan seperti itu menjelang perayaan.

Paskah adalah satu perayaan musim bunga yang disambut setiap tahun bagi memperingati pembebasan kaum Yahudi daripada perhambaan di Mesir. Mereka lazimnya akan mengadakan ritual sembelihan dan menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa ketika perayaan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts