Zionis akan musnahkan semua rumah Palestin berdekatan Tembok Ratapan

AL-QUDS, 14 Ogos 2016 (SP) — Rejim Zionis merancang untuk memusnahkan semua rumah penduduk Palestin yang terletak berdekatan kawasan utara Tembok Ratapan.

Pemusnahan tersebut kononnya bertujuan untuk memperluas kawasan ibadat kaum Yahudi di masa akan datang.

Pihak Zionis yakin bahawa kaum Yahudi mempunyai hak sejarah ke atas al-Quds, di mana rancangan rahsia mereka untuk merampas kawasan tersebut mula terbongkar pada tahun 1972 apabila para rabbi membahaskan perkara itu di kalangan masyakarat awam.

Sejak menduduki al-Quds pada tahun 1967, rejim Zionis telah memusnahkan sekurang-kurangnya 108 rumah keluarga Palestin di situ.

Kaum Yahudi percaya Tembok Ratapan yang dibina oleh Raja Hedores itu sebagai tampat suci untuk berdoa. Mereka juga yakin bahawa di tembok itulah wujudnya Shekhinah, atau tempat tinggal suci Tuhan mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts