Zionis akan pindah keluar penduduk Khan al-Ahmer di al-Quds

AL-QUDS, 6 Mac 2017 (AlRay) — Pihak pentadbiran awam Zionis di Tebing Barat telah mengeluarkan arahan bagi meroboh rumah-rumah penduduk Palestin di perkampungan Khan al-Ahmer yang terletak berdekatan kawasan penempatan haram Ma’lih Adumim di timur al-Quds.

Sekurang-kurangnya 42 buah rumah akan robohkan, iaitu 67% daripada jumlah rumah di situ.

Rejim Zionis merancang untuk memusnahkan perkampungan dan memindahkan penduduk Khan al-Ahmer ke sebuah kawasan baharu yang dipanggil al-Neama, tetapi dibantah oleh para penduduk kerana ingin mempertahankan tanah milik mereka.

Ratusan penduduk Khan al-Ahmer tinggal dalam rumah sementara tanpa sebarang kemudahan atau infrastruktur kerana rejim penjajah tidak mengiktiraf perkampungan tersebut.

Rejim Zionis ingin mengawal kawasan Khan al-Ahmer kerana ianya terletak di lokasi strategik berdekatan Jalan No. 1, yang merupakan laluan utama ke kawasan-kawasan penempatan haram.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts