Zionis akan roboh 20 bangunan keluarga Palestin di al-Quds

AL-QUDS, 15 Dis 2016 (PIC) — Pihak perbandaran Zionis di al-Quds hari ini mengeluarkan notis untuk meroboh 20 buah bangunan yang menempatkan 80 apartmen bagi keluarga Palestin di perkampungan Isawiya.

Dua minggu lalu, mahkamah Zionis meluluskan permohonan pihak perbandaran untuk meroboh rumah-rumah yang berusia dari 20 hingg 30 tahun, dengan memberi tempoh selama 30 hari untuk keluarga Palestin membuat bantahan.

Lebih 20,000 rumah penduduk Palestin di al-Quds diugut untuk dirobohkan, atas alasan dibina tanpa mendapat permit daripada pihak rejim.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts