Zionis akan roboh 9 buah lagi rumah di Beit Lahm

BEIT LAHM, 4 Mei 2016 (PIC) — Pihak berkuasa penjajah Zionis semalam mengeluarkan arahan perobohan enam buah rumah di perkampungan al-Walaja dalam wilayah Beit Lahm di selatan Tebing Barat.

Keluarga terbabit diberi tempoh kurang dari 24 jam untuk membuat rayuan. Dua daripada rumah tersebut telah siap dan didiami, manakala bakinya masih lagi dalam pembinaan.

Beberapa minggu lalu, tiga buah rumah telah dirobohkan di kawasan yang sama setelah pihak Zionis menyerahkan notis hanya beberapa hari sebelumnya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts